FACEBOOK
Panduan Iklan Dinamik

Pengiklan yang mempunyai katalog produk boleh memacu jualan menggunakan iklan dinamik. Sama ada baru sahaja mengenali iklan dinamik atau telah pun menggunakan iklan dinamik, petua dan arahan langkah demi langkah dalam panduan ini pastinya boleh membantu anda memaksimumkan kecekapan iklan.

Mari bermula.

Manfaatkan sepenuhnya Iklan Dinamik Facebook

Iklan Dinamik Facebook membolehkan anda mempromosikan seluruh katalog produk secara automatik merentasi Facebook, Instagram dan Audience Network tanpa perlu mencipta beribu iklan tunggal. Iklan dinamik menangkap isyarat kehendak pelanggan yang ditunjukkan pada laman web dan aplikasi untuk memastikan produk yang tepat disambungkan kepada orang yang tepat.

Dengan bantuan daripada Meta Business Partners, kami mengumpulkan senarai amalan terbaik untuk membantu anda memanfaatkan kempen iklan dinamik sepenuhnya.

Gunakan profil perniagaan Instagram untuk berhubung dengan orang
Berhubung dengan orang

Orang boleh mengikuti profil perniagaan Instagram anda untuk melihat, memberikan komen dan berkongsi siaran anda dalam suapan mereka.

Gunakan profil perniagaan Instagram untuk menunjukkan perniagaan anda secara visual
Sampaikan cerita yang dapat meraih respons daripada orang lain

Gunakan foto dan video untuk menunjukkan perniagaan anda secara visual.

Gunakan profil perniagaan Instagram untuk mengukur kesan
Ukur kesan

Anda boleh melihat cara aktiviti Instagram membantu anda mencapai matlamat perniagaan anda.

Pilih acara web dan aplikasi anda

Acara penukaran ialah tindakan khusus yang diambil oleh orang ramai pada laman web atau aplikasi anda, seperti apabila seseorang membuat pembelian atau menambah item pada troli mereka. Penting untuk anda memastikan acara penukaran yang betul supaya kempen iklan dinamik anda boleh menyasarkan dan mengoptimumkan tindakan yang diinginkan.

Pastikan untuk menambah:

  • Acara LihatKandungan pada semua halaman produk
  • Acara TambahKeTroli pada halaman beli belah anda
  • Acara Beli pada halaman pembelian atau terima kasih
  • Anda juga boleh memasukkan acara Carian dan LihatKandungan untuk meluaskan saiz penonton anda

Tambahkan ID produk yang betul pada Acara anda

Produk jenis kandungan mestilah menggunakan ID produk individual untuk mewakili produk individu. Sebagai contoh, jika anda hendak menunjukkan warna khas bagi kasut tertentu kepada para penonton, gunakan ID produk individu. Jika anda mempunyai produk pelbagai variasi seperti kasut, tetapi hanya ingin menunjukkan satu cadangan, gunakan ID kumpulan produk. Kumpulan produk digunakan untuk membezakan produk yang serupa tetapi mempunyai variasi kecil seperti warna, bahan, saiz atau corak.

Semak tetapan anda dengan halaman Acara Produk

Gunakan halaman Acara Produk dalam bahagian Katalog Produk pada Pengurus Perniagaan untuk mengenal pasti masalah berkenaan katalog produk anda dan tetapan Piksel. Pastikan anda memadankan 100% ID produk dalam katalog produk anda menggunakan Alat Penyelesaian Masalah Katalog Produk, yang boleh didapatkan di sini:

https://business.facebook.com/ads/product_feed/debug.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang halaman acara Produk, sila lawati:

www.facebook.com/business/help/946671458738854

Pilih set produk yang betul

Selepas memuat naik katalog produk anda ke Pengurus Perniagaan, susun katalog anda mengikut set produk. Set produk membolehkan anda mengawal bidaan dan cadangan produk. Memilih imbangan yang betul tentang set produk yang ditakrifkan dengan jelas boleh membantu anda memaksimumkan capaian anda dan mengawal perbelanjaan. Cipta set produk yang luas dan berpatutan, serta elakkan set yang terlalu sempit.

Berikut ialah beberapa contoh set produk yang berkesan:

  • Satu set bagi setiap kategori produk, seperti pakaian, kasut dan aksesori
  • Satu set setiap kadar harga seperti <$500, <$200, <$300

Tambah lajur tersuai dalam katalog produk anda untuk menambah lebih banyak maklumat tentang produk bagi mencipta set produk lanjutan. Contoh lajur tersuai merangkumi:

  • Markah kecenderungan
  • Produk dengan inventori yang tinggi
  • Produk dijual
  • Keperluan penghantaran khusus

Untuk mendapatkan petua dan arahan langkah demi langkah, anda boleh lawati:

www.facebook.com/business/help/620275848114281

AMALAN TERBAIK KATALOG PRODUK:

  • Kemas kini katalog anda sekerap yang mungkin dengan muat naik berjadual setiap jam. Langkah menunjukkan produk sedia ada dalam stok dengan harga yang betul boleh membantu kadar penukaran dan mewujudkan pengalaman yang lebih baik untuk pembeli.
  • Tambahkan maklumat berkualiti tinggi dan tepat tentang produk anda untuk membantu meningkatkan prestasi iklan.
  • Pastikan setiap produk dalam katalog anda mempunyai pengecam unik. Langkah menyediakan nombor item dagangan global unik (GTIN), nombor bahagian, tajuk dan penerangan yang unik boleh membantu menghalang rekod pendua dan meningkatkan penyampaian iklan anda.

Mulakan dengan set produk yang ditakrifkan secara umum dengan jumlah item yang banyak. Anda boleh mula memperkenalkan peraturan set produk yang berbeza sedikit sebaik sahaja anda melihat hasil prestasi.

  • Semak imej produk dalam katalog anda untuk memastikan imej ini layak untuk semua peletakan dan mematuhi garis panduan kandungan kami. Produk yang tidak memenuhi garis panduan kandungan atau perincian imej tidak akan dipaparkan dalam iklan dinamik anda. Peleraian imej minimum untuk Instagram ialah 600x600 piksel. Anda turut disyorkan supaya menggunakan foto berpeleraian tinggi (1080x1080) untuk imej dengan kualiti terbaik. Anda boleh melihat garis panduan kandungan kami di sini: www.facebook.com/policies/ads/prohibited_content
  • Gunakan Set Produk untuk mengawal bidaan dan cadangan produk untuk penonton sasaran tertentu.
  • Pertimbangkan untuk menyediakan lajur kategori produk dan jenis produk dalam katalog produk anda untuk lebih banyak pilihan pelaporan, pengoptimuman penyampaian dan penyasaran jualan silang/ jualan menaik.
  • Pastikan anda menggandingkan piksel dan acara aplikasi dengan katalog produk untuk memaksimumkan saiz produk.

Iklankan ke seluruh Facebook, Instagram dan Audience Network

Pastikan anda meluaskan capaian ke Instagram dan Audience Network supaya lebih banyak peluang untuk menyampaikan iklan anda kepada penonton sasaran.

Petua tetapan daripada StitcherAds

Jalankan proses pengesahan suapan: Sebaik sahaja anda tahu katalog yang hendak ditunjukkan dalam iklan dan kreatif yang hendak digunakan, pergi ke proses pengesahan suapan untuk memastikan iklan dipaparkan kepada penonton anda yang betul.

Sebelum melancarkan iklan, jalankan proses pengesahan suapan untuk memastikan kesemua imejan dipaparkan kepada penonton anda yang betul.

UNTUK MELAKUKANNYA:

  • Tukarkan suapan ke dalam katalog produk Facebook yang bersesuaian
  • Janakan set produk
  • Buat penyelarasan untuk memperbaiki sebarang ralat katalog
  • Sahkan acara piksel dengan melihat kadar padanan (peratusan pelawat laman web atau pengguna aplikasi yang boleh dipadankan dengan pengguna Facebook berdasarkan data yang disediakan)
  • Jalankan kempen ujian langsung kepada penonton terhad untuk memastikan iklan tersebut disiarkan dengan betul.

“Kelebihan Iklan Dinamik ini ialah penyediaan yang automatik. Banyak masa boleh dijimatkan. Anda boleh meningkatkan keterkaitan dan prestasi iklan, serta keupayaan untuk menambah baik kempen, mendapatkan wawasan yang membolehkan anda mengoptimumkan kempen.”Samantha Deese

Ketua Pemasaran di StitcherAds

Dengan menyiarkan iklan menerusi platform StitcherAds, para klien telah mendapatkan:

25%peningkatan dalam prestasi iklan

50%purata masa dijimatkan

70%purata simpanan

Pertimbangan kreatif untuk Iklan Dinamik
Pertimbangan kreatif untuk Iklan Dinamik

Sementara iklan dinamik mengeluarkan kreatif yang relevan daripada katalog produk anda, terdapat pertimbangan kreatif yang perlu dititikberatkan.

Gunakan imej berkualiti

Untuk kualiti imej terbaik bagi iklan dinamik anda merentasi Facebook, Instagram dan Audience Network, kami mencadangkan peleraian imej minimum 600x600 piksel.

Tarik perhatian pembeli untuk mengklik iklan anda

Walaupun imej telah dikeluarkan daripada katalog, anda masih boleh menambah elemen kreatif unik untuk memaklumkan dan mengilhamkan pembelian. Selain daripada menunjukkan imej kaku pada inventori anda, gunakan video untuk menayangkan aksi produk anda. Anda juga boleh memaklumkan pembeli dengan menambah tindihan pada iklan dinamik untuk menayangkan harga dan diskaun. Ketahui lebih lanjut tentang tindihan dengan mengunjungi pautan ini: www.facebook.com/business/help/517601898571657

Semasa menggunakan iklan karusel sebagai format iklan, anda juga boleh menambah kad tetap di permulaan atau penghujung iklan dinamik untuk membantu anda memperkenalkan mesej, konsep atau tema produk yang dijual. Sebagai contoh, anda boleh menambahkan kad tetap pada permulaan iklan yang memperkenalkan jenama anda dan menggalakkan orang untuk meleret serta melayari produk anda.

Cipta pengalaman beli-belah yang menakjubkan

Jika perniagaan anda memiliki aplikasi mudah alih, tujukan orang ramai terus ke aplikasi anda (vs. web mudah alih) dan optimumkan penukaran. Sesetengah perniagaan menemukan kadar penukaran menjadi lebih tinggi apabila iklan dipautkan ke dalam aplikasi berbanding ke laman web mudah alih.

Empat daripada lima pembeli mudah alih telah menggunakan aplikasi penjual berbanding pelayar web.4

Sentiasa minimumkan perubahan kreatif

Elakkan daripada melakukan terlalu banyak kreatif kerana boleh menjejaskan penyampaian anda. Ini amat penting sekali jika anda mempunyai kempen yang mematuhi masa atau ketika tempoh trafik yang sibuk, memandangkan anda tidak mahu kehilangan tanggapan ketika masa ini berlaku.

PERTIMBANGAN KREATIF DARIPADA SMARTLY.IO:

  • Uji variasi salinan yang berbeza seperti butang CTA, format iklan, reka letak dan variasi warna, dengan/tanpa tag harga, dengan/tanpa logo, dsb.
  • Selepas mencipta variasi ini, benarkan ciri pengoptimuman automatik Facebook mengambil alih urusan seterusnya dan menggunakan API pengujian pecahan kami untuk pengujian A/B yang sah. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang API pengujian pecahan di sini: developers.facebook.com/docs/marketing-api/guides/split-testing/v2.10
  • Selepas pengujian, kumpulkan pengetahuan anda. Yang manakah berfungsi dengan baik dan mengapa? Ubah kempen Iklan Dinamik anda berdasarkan hasil.
  • Gantikan variasi yang kurang memuaskan dan ubah salinan serta tajuk

Dengan memanfaatkan Peruntukan Bajet Ramalan Smartly dan Promosi Siaran Automatik, Skyscanner telah berjaya melonjakkan aktiviti pemasaran mereka dan berjaya meraih pelanggan baharu tanpa perlu meningkatkan tenaga kerja.

Jumlah pemasaran meningkat dengan lonjakan

146%tanpa menjejaskan CPA, yang menurun sebanyak 27%*.5

Mencapai penonton anda
Mencapai penonton anda

3.1 PENYASARAN SEMULAMemandangkan iklan dinamik boleh digunakan bagi setiap matlamat pemasaran, kami mencadangkan anda bermula dengan penyasaran semula.

Iklan dinamik untuk penyasaran semula boleh mengingatkan pembeli pada laman web atau aplikasi mudah alih anda tentang produk yang mereka lihat tetapi tidak dibeli dan produk hadiah untuk jualan produk tambahan/kenaikan jualan daripada inventori anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menyediakan kempen jualan silang/menaik, sila lawati: www.facebook.com/business/help/1604184966521384

Kecualikan pembeli terkini untuk meraih pelanggan baharu
Melainkan anda menjalankan perkhidmatan langganan, kecualikan orang yang telah membuat pembelian terbaharu daripada kempen anda supaya anda boleh memberikan tumpuan untuk mendapatkan pelanggan baharu. Jika pembeli tidak kembali ke laman anda dalam tempoh yang lama, anda boleh melibatkan mereka semula dengan kempen iklan dinamik yang lain.

Selaraskan tetingkap pengekalan anda
Tingkatkan saiz penonton anda dengan mengubah tempoh pengekalan penonton anda. Langkah melanjutkan tempoh pengekalan anda kepada tempoh yang lebih lama sehingga 30 atau 90 hari akan membolehkan anda mencapai lebih ramai orang. Sasarkan semua peranti dan gunakan laporan peranti bersilang untuk membantu memahami nilai penukaran peranti bersilang dan optimumkan untuk penukaran di sepanjang laluan pembelian.

Pertimbangkan masa dalam bahagian penonton anda
Penonton yang melawati laman web atau aplikasi anda pada hari sebelumnya boleh menjadi lebih bernilai kepada perniagaan anda berbanding mereka yang telah melawati laman web 14 hari yang lalu. Anda mungkin ingin membahagikan penonton anda mengikut masa sejak kali terakhir mereka melakukan tindakan supaya anda boleh menetapkan bidaan berbeza bergantung pada nilai mereka terhadap perniagaan anda. Faktor pembahagian merangkumi jenis tindakan, tempoh masa, jenis peranti dan kategori produk. Cipta set iklan bagi setiap bahagian penonton untuk:

  • Mempelbagaikan bidaan
  • Menentukan masa yang sesuai bagi setiap penonton untuk melihat iklan anda
  • Lihat metrik daripada penonton

  • Tingkatkan nilai sepanjang hayat pelanggan dengan mencipta kempen jualan silang
    Pembeli yang terkini merupakan penonton yang penting memandangkan mereka telah memiliki daya tarikan buat perniagaan anda dan cenderung membuat pembelian semula. Pertimbangkan untuk menggunakan kempen penjualan silang untuk mencapai pembeli dan menunjukkan produk yang berkenaan dengan pembelian mereka. Sebagai contoh, jika seseorang baru sahaja membeli baju hujan, anda boleh mencipta kempen jualan silang yang berkaitan dengan pemakaian ketika musim hujan seperti payung dan but kalis air untuk meningkatkan nilai sepanjang hayat bagi pelanggan tersebut.

  • Tambah saiz keranjang dan purata nilai pesanan dengan kempen jualan menaik
    Orang yang membeli-belah pada laman web anda mungkin akan mempertimbangkan nilai yang lebih tinggi dan item yang bertepatan sebelum membuat pembelian. Strategi ini dikenali sebagai penjualan menaik. Pertimbangkan untuk menggunakan kempen jualan menaik bagi mencapai pembeli yang sedia ada dengan set produk pelengkap atau item bernilai lebih tinggi.

3.2 PENONTON LUASSebaik sahaja menetapkan iklan dinamik untuk penyasaran semula, kami mencadangkan anda menyasarkan penonton yang luas.

Iklan dinamik untuk penonton yang luas membolehkan anda mencari pelanggan baharu untuk perniagaan anda berbanding menyasarkan penonton yang sudah melawati, melayari atau membeli item pada laman web anda.

Kenal pasti penonton sasaran anda
Gunakan penyasaran teras, berdasarkan geografi dan demografi untuk mendapatkan hasil terbaik semasa menyasarkan penonton yang luas. Iklan dinamik dengan penyasaran luas menyampaikan iklan kepada pelanggan dengan niat yang tertinggi. Sebarang penyasaran tambahan membawa kepada penyampaian melebihi had. Oleh itu, kami tidak mencadangkan penggunaan Mirip Penonton, Penonton Tersuai atau Penyasaran Tingkah Laku/Kehendak bagi penonton yang luas.

Masukkan pelawat laman ke dalam penyasaran penonton luas
Masukkan penonton luas ke semua pelawat laman. Iklan anda akan terbiasa untuk mempamerkan produk anda kepada orang yang lebih berkemungkinan untuk membuat pembelian. Kempen anda akan turut mendapat penyampaian yang lebih baik apabila kempen anda menyertakan penonton yang disasarkan semula.

Bagi memastikan penyampaian dengan penonton yang luas, elakkan penggunaan Mirip penonton, Penonton Tersuai dan penyasaran Tingkah Laku/Kehendak.

Penonton Tersuai yang menyertakan pelanggan sedia ada boleh dikecualikan tetapi bergantung pada saiz senarai itu, penyampaian mungkin akan terkesan.

Sebaik sahaja kempen anda berjalan, Facebook akan terus menambah baik keterkaitan iklan anda dengan memerhati orang yang membeli-belah pada laman web atau aplikasi anda menerusi Piksel Facebook atau Acara Aplikasi.

Gunakan set produk yang besar
Kami mencadangkan anda menguji set produk besar yang mengandungi sekurang-kurangnya 1,000 produk. Dalam kebanyakan kes, prestasi iklan meningkat apabila pengiklan memaksimumkan bilangan produk dalam set produk mereka, walaupun jika set produk itu mengandungi pelbagai jenis pilihan.

Sesuaikan iklan dengan penonton baharu anda
Gunakan salinan yang berkaitan dengan pelawat kali pertama atau pelanggan baharu. Sebagai contoh, jika promosi sepanjang masa ditawarkan untuk pembelian kali pertama, sertakan mesej itu di dalam teks di atas kad. Untuk menggalakkan jualan kategori terhad (cth, pakaian), lakukan ujian dengan kad statik prauji dalam imej kedudukan pertama yang berkaitan dengan kategori item yang sedang dijual.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang penyasaran penonton yang luas di: www.facebook.com/business/help/217321262031259

Mengoptimumkan kempen anda
Mengoptimumkan kempen anda

Dengan Facebook, anda boleh menyampaikan iklan kepada orang dalam penonton sasaran anda yang berkemungkinan mengambil tindakan yang mereka kehendaki.

Kami mencadangkan pengoptimuman untuk Penukaran, Pembelian, Tambah Ke Troli atau Pendaftaran untuk memaksimumkan penyasaran k luas anda. Kami juga mencadangkan tetingkap atribusi selama 7 hari untuk pembidaan optimum.

PETUA PENGOPTIMUMAN KENSHOO

1 - Pengoptimuman penukaran
Bagi Iklan Dinamik, pengoptimuman terhadap Penukaran menghasilkan CPA yang lebih rendah dan lebih tinggi bagi ROI daripada ketika pengoptimuman dilakukan untuk titik sentuhan lain, termasuk Klikan.

Pastikan anda mendapatkan sekurang-kurangnya 15 Penukaran setiap minggu dengan menggunakan tetingkap atribusi 1-hari.

2 - Bida nilai penukaran sebenar
Bida perkara yang diperoleh daripada pesanan purata. Pendekatan yang mudah adalah dengan menggunakan jumlah purata yang anda peroleh daripada pembelian dalam tempoh 7 hingga 14 hari yang lalu dan bida jumlah itu. Pembidaan nilai sebenar anda semasa mengoptimumkan untuk penukaran akan membantu memaksimumkan pendedahan, penglibatan dan pulangan pelaburan.

Uji pembidaan secara berulang-ulang menerusi corong dan lakukan sepanjang proses sehinggalah anda menemukan titik yang tepat.

3 - Tetapkan bajet sebesar mungkin
Penetapan bajet yang rendah akan menyebabkan berkurangnya peluang untuk menukar. Dapatkan lebih banyak peluang dengan menetapkan bajet anda sebesar yang boleh.

4 - Buat perancangan awal
Iklan Dinamik dioptimumkan dengan berkesan setelah bersiaran langsung sekurang-kurangnya mengikut tempoh tetingkap pengekalan penonton anda. Sebagai contoh, jika tempoh pengekalan anda ialah 30 hari, sediakan set iklan anda sekurang-kurangnya sebulan lebih awal untuk acara yang penting seperti jualan. Sediakan set iklan anda, kemudian kekalkan dalam keadaan jeda. Berbuat demikian akan memberikan hasil yang lebih pantas sebaik sahaja dilancarkan.

5 - Luaskan Capaian anda
Sasarkan peletakan ke seluruh keluarga aplikasi Facebook. Dapatkan lebih banyak peluang untuk menukar, kemudian beri tumpuan bajet terhadap prestasi yang terbaik.

Ketahui lebih lanjut tentang meta Business Partners kami

SticherAds menumpukan kepada penciptaan yang mampu ditingkatkan, tetapan automatik bercorong penuh untuk pengiklanan Facebook dan Instagram. Mereka menyediakan petua berguna dalam panduan ini berkenaan dengan penyediaan Iklan Dinamik.

Smartly.io bekerjasama dengan klien untuk mengautomatikkan pengiklanan Facebook dan Instagram. Pasukan mereka telah menyumbang amalan terbaik bagi panduan kreatif ini.

Kenshoo membolehkan jenama dan agensi mereka meningkatkan program pengiklanan dan memacu hasil menerusi pelbagai corong. Pasukan Kenshoo telah menambah wawasan yang hebat kepada pengoptimuman amalan terbaik.

Meta Business Partners banyak menyumbang kepada kecemerlangan dan pakar dalam mengurus kempen dalam kadar yang banyak, meningkatkan pengukuran, mencapai penonton baharu dan banyak lagi. Ketahui perkara yang Meta Business Partners boleh lakukan untuk perniagaan anda.